Powered By Blogger

Wednesday, September 02, 2009

the almost perfect moment

matahari redup sayu
angin sejuk menyapu
hati tenang
jiwa senang
tiada masalah membeban
terpaku aku
merenung ciptaan
berfikir mengenainya
bukankah itu indah
tiada hiruk pikuk
gasakkan kuat menggetar
aku bebas seketika

Wednesday, June 10, 2009

fair god &stone faces

(remembrance of a good friend ,keri .may Allah rest his soul)

Taking and making god is everything
Of all these mistakes we can only live
Lying beside you a massive differance
And i will it be that i still care for you
And i feel denied
All perished again
And all i ask for another day
Never could leave this pain i own...
Never mistaking we can it change a thing
Suprise as almost no one knew my time
On the outside tide does it whisper at all
Or maybe it'll be forever till whenever now
Cause i feel denied
With someone you knew
It is the silence that makes the change in you
And i would like the life of youIt's
hard to shake all this deadly sad to sea
I'll pray on you
Count on myself, don't sail... ahh...Feeling denied
I'd rather search the stone of dead
Don't wanna face what i have here
If all the strange would be so true
Sting like an angel

Wednesday, January 21, 2009

dan aku mampu bermimpi lagi

aku baca dalam akhbar palestin masih di bedil lagi hendak salahkan yahudi ? sudah terang dari dulu lagi mereka takkan redha pada umat islam selagi kita tak mengikut mereka jadi yang aku kesalkan ialah diri kita sendiri, boikot barangan mereka tapi ekonomi masih kita bergantung pada mereka , are we a shit? entah ah ,mungkin tak terasa pun bagi setengah kita penderitaan rakyat palestin ini sebab kita tak anggap mereka ni sedara kita. cukup ah cakap2 politik yang bullshit, .isu sedara muslim kat malaysia pun banyak yang tak dapat selesai.isu acheh, moro , pelarian rohingnya dan bayak lagi .... dalam kekalutan ini dengan kerja yang tak berkesudahan dan aku mampu bermimpi lagi

Monday, January 19, 2009

ORANG AJAM YANG TANAHNYA PUTIH PANJINYA HITAM



“Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(Tokku Paloh)” ; titah Sultan kepada wakil British W.L Conlay….
Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.
Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Kerusi yg melekat seketika pada punggung penjajah!
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. “Tetapi kalau nak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil2 British itu. mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena2 terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja :“Sudahlah tuan2 hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan2 hendak ambil?.”Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di negeri Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak ( pemerintah). Tegasnya antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).
Keturunan Rasulullah s.a.w
Dilahirkan pada tahun 1817 [1236 Hijrah] di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tukku Paloh adalah nasab yang ke-32 daripada Rasulullah s.a.w. di kalangan keluarga Al Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az Zahrah r.ha. bt. Rasulullah.Ibunya, Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tukku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua2 kedudukan itu menjadikan Tukku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda2 pelik yang mengisyaratkan Tukku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tukku Paloh berada bersama ayahnya Tukku Tuan Besar, tiba2 saja Tukku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tukku Tuan Besar menahannya seraya berkata, “Engkau jangan pergi dekat dengan orang itu, nanti kamu tidak boleh bersama abah lagi.”Perkataan Tukku tuan besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyata, Tukku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf ; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a’lam.
Menuntut di Makkah, khalifah Tarekat
Tukku Paloh mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama tempatan. Kemudian beliau mengikut jejak ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengalaman di Makkah Al Mukarramah. Di sana beliau belajar dengan ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain2.Bagaimana pun yang jelasnya, Tukku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawwuf dan ilmu tareqat. Malah beliau ada mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian.Setelah lebih 10 tahun di Makkah, Tukku Paloh pulang sebagai seorang ulama besar. Beliau seorang yang warak dan terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan Tareqat Naqsyabandiah. Sepulangnya dari Makkah, Tukku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau berkhidmat kepada orang ramai sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan saja dalam bidang pengajaran ilmu tetapi juga dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan jihadnya menentang mungkar dan penjajah British.
Tokku Paloh adalah Regu Sultan Zainal Abidin III – Sultan yang berketurunan orang soleh kerana Sultan Zainal Abidin I berkahwin dengan anak Tok Pulau Manis, bermakna keturunan Kesultanan Terengganu sekarang bercampur darah ulama sufi / wali Allah tersebut.
Seperti juga ayahnya, Tukku Paloh seorang yang sangat berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujuk sultan. Malah perlantikan sultan itu sendiri mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi daripada ayahnya Sayid Muhammmad bin Zainal Abidin yang terkenal dengan panggilan Tukku Tuan Besar, juga merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang 16 buah buku agama dan nazam.Hubungan Tukku Paloh dengan Sultan ini boleh disamakan dengan hubungan antara Sultan Zainal Abidin I [memerintah 1725-1734] dengan seorang lagi ulama besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Ulama yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali Allah dan banyak mengarang kitab. Sebagai Syeikh Ulama dan mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang kemudian menjadi menantu beliau.Menyedari peri pentingnya pemerintahan raja yang adil yang berlunaskan hukum2 Allah s.w.t. Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah [menteri besar ketika itu] mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Shah II [memerintah 1876-1881].
Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehingga Sultan Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang kukuh dan bermaruah walaupun usianya ketika memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun. Kejayaan baginda itu adalah berkat mendampingi serta menerima keputusan ulama. Baginda memerintah selama kira2 36 tahun 11 bulan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1918.

Kapal Armada British Senget!!
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung di atas armada British terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil2 British yang menganggap kejadian itu satu sihir atau silap mata, sedangkan yang sebenarnya adalah karamah kurniaan Allah kepada Tukku Paloh.Ekoran itu, rundingan diadakan juga pada waktu lain dan kali ini di rumah Tukku Paloh. Untuk itu Tukku Paloh meminjam beberapa buah kerusi bagi meraikan orang putih yang tidak pandai duduk bersila itu. dengan duduk di atas kerusi, rundingan berjalan dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu dengan alasan membantu membangunkan dan memajukan negeri Terengganu.Dengan kata lain, dalam rundingan itu seolah2nya British hendak membantu memajukan Terengganu. Negeri Terengganu ketika itu berpenduduk sekitar 10,000 orang, kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan, tukang dan petani. Mereka diakui oleh Clifford sebagai “orang Melayu yang paling pandai dan paling rajin di Semenanjung Tanah Melayu”.Tukku Paloh mempunyai pandangan yang jauh dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikit pun terpengaruh dengan ‘gula2’ yang diumpan oleh orang2 putih itu. Dalam pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil2 British itu melekat seketika di punggung mereka seperti telah diceritakan pada awal tulisan ini.Wakil2 British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka gagal sama sekali untuk menguasai Terengganu menerusi diplomasi.Tidak berapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Kuala Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarah ke udara. Serangan yang bertujuan menggertak itu telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran.Orang ramai menjadi gempar dan cemas dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tukku Paloh dan bersama orang2 kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam serta pengikut2nya yang lain meronda sepanjang pantai. Operasi rondaan itu berjalan siang dan malam.Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau dan semua armadanya berundur. Mengikut laporan angkatan perang British itu nampak ‘beribu2’ pahlawan Terengganu lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas. Sebab itulah mereka cabut lari.Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh yang mempunyai karamah menentang British berhabis-habisan. Beliau berpegang kepada falsafah: Perjuangan tidak kenal hidup atau mati. Dengan benteng iman dan takwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu, pihak British gagal menjajah Terengganu sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1917, dan diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun berikutnya. Perginya ulama dan umara yang berganding bahu dalam pemerintahan…
Sembahyang berimamkan Nabi Khidir a.s
Sekurang2nya dua kali Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di surau Tokku Paloh. Peristiwa pertama berlaku semasa Tukku Paloh tidak sembahyang berjemaah bersama dengan murid2nya. Para ahli jemaah mendapati ada orang asing yang berserban jubah menjadi imam pada pagi itu. selesai sembahyang, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelah kanan balai itu sambil berwirid sebelum beliau pergi menghilangkan diri.Tukku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid2nya,”Kamu tahu siapa yang menjadi imam tadi?”Masing2 diam dan Tukku Paloh terus berkata, “Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu.” Kali kedua Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tukku Paloh menjadi imam.
Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku
Selaku pembawa amalan Tareqat Naqsyabandiah, Tukku Paloh terkenal sebagai orang yang kuat mengamalkan zikir2 yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tareqat Naqsyabandiah yang susur galurnya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq [makam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan]. Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti sembahyang, puasa dan membaca Al Quran dan lain2 amalan sunat. Dengan kata lain Tukku Paloh sangat warak dan berhalus dalam beribadah.Selain mengamalkan zikir Tareqat Naqsyabandiah secara istiqamah, Tukku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahnya iaitu ‘Syahadat Tukku’. Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di negeri Terengganu secara berjemaah dan bersendirian.Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid2nya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid2 dan anak cucunya pula. Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk [menantu Haji Abdul Rahman Limbong] dan ayah saya lagi.”Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Haji Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tukku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula.

Syahadat Tokku tulisan jawi & rumi
Syahadat Tukku dituduh SESAT!
Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Hj. Hussein Hj. Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut.Tuan Hj. Hussein tidak menolak kemungkinan tidakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang2 tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau2 lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah.Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun1950 itu, Hj. Hussein bercerita :“Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Hj. Hussein sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini. “Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata ; ‘Apa yang Tuan Hj. baca itu ada pada saya.’“Rupa2nya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah2nya mengalakkan amalan ini diteruskan. Mendengarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Hj. Hussein lagi.Sehingga kini Hj. Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku bersama2 sahabat2nya, amalan pada setengah orang jahil dikatakan ‘syhadat tambahan’.Syahadat Tukku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur2 tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
//-->

AKU tidak mahu lepaskan peluang sekali seumur hidup ini.
Aku MISTI pergi ke Pesta Woodstock. Aku mahu bebas. Aku tidak mahu tunduk kepada tatatertib hidup chara lama, kepada tatasusila yang kolot. Aku anak zaman sputnik, zaman soyuz, zaman manusia naik kebulan.
Ayahku melarang, tetapi larangannya tidaklah begitu keras seperti amaran ibuku.
“Tak takut dosa? Tak takut api nuraka?” Dia mengherdik.
Kesian ibuku. Dia belajar memasak chara moden. Dia belajar menjahit, menghias rumah untuk menarik minat ayahku kepadanya. Tiap2 bulan dia pergi kekedai solek rambut. Dan dia juga chergas dalam kegiatan2 amal kaum wanita.
Tapi ayahku hidup dalam dua dunia. Dirumah - bila2 dia pulang - dia adalah seorang ayah dan suami yang baik, yang penyayang dan berkuasa.
Diluar rumah - dipejabatnya yang berhawa dingin, dan dikelabnya, dia bertukar chorak, menjadi manusia lain, lelaki yang bebas bergaul, punya ramai kawan2 dan teman2. Dia punya dua peribadi. Mungkin dua jiwa. Kerana itu kadang2 aku fikir lidahnya juga berchabang dua.
Bukan aku mahu memburukkan ayahku. Tapi aku tahu halnya. Dalam bilik dipejabatnya ada tergantung gambar2 bogel.
“Seni,” katanya kepadaku, kepada kawan2 dan teman-temannya. “Ada nilai estatika dalam lukisan2 ini,” tambahnya.
Dalam kutubkanah mini dibilik kanturnya itu ada buku2 sex. Dan satu lachi mejanya yang berkunchi ada gambar2 luchah berbagai ragam, termasuk apa yang digelar ‘hot-dogs’.
Aku tahu. Sebagai budak muda nakal yang tidak dikawal aku sudah menchuri masuk kedalam kanturnya.
Dan aku pun tahu juga dimana tempat ayahku pergi minum, berseronok dengan kawan-kawannya, dengan teman-temannya. Aku anak jantannya. Aku tahulah. Bapak rintik, anaknya borek. Masakan ketam batu, yang hidup didarat dan dalam air, boleh mengajar anaknya berjalan betul.
Aku punya teman wanita, yang lebih tua lima tahun dari aku, mengajak aku pergi kepesta itu.
“Kita boleh bikin kemah disana, ditepi belukar” - katanya.
“Dan bila malam kita boIeh tidur dibawah satu selimut. Kita boleh bebas puas2, sampai pagi” - tambahnya.
Aku mengerti apa hajatnya. Kami sudah buat hubungan beberapa kali, tetapi sembunyi2. Takut kena tangkap basah.
Dia dari keluarga pertengahan atas. Rumahnya besar. Kereta ada dua buah. Segala alat kesenangan dan kemudahan hidup ada dirumahnya. Jauh lebih tinggi kelasnya, mutunya atau darjatnya dari rumahku. Ayahnya orang berpangkat. Ada gelaran. Dihormati. Tetapi hidup “Moon” - teman wanitaku itu, katanya, tidak bahagia. Dia tidak bebas, tidak mahu dibebaskan oleh kedua orang tuanya. Banyak pantang larang yang dikenakan keatasnya. Dia melawan, dia memberontak.
Aku ketemu dengan Moon dalam satu temasha muda-mudi. Semenjak itu aku dengan dia sudah jadi macham belangkas. Berkat pill P.B., belum jadi apa2 padanya. Tapi sejak kebelakangan ini aku sudah lama tidak bersua dengannya. Entah kenapa, entah mengapa. Mungkin dia sakit.
Kemudian datang suratnya. Ada talipon nombor baru. Aku hubungi dia. Kami berchakap panjang, membahrui persahabatan, mengingat kesah2 lama yang lemak manis. Dialah yang kuat menchadangkan supaya kami pergi ke Pesta Woodstock. “Bawa lah kemenyan ajaib” - pesannya. Aku mengerti apa benda itu. Ubat serbaguna untuk muda-mudi yang mahu pesta.
Hari baik yang ditunggu-tunggu itu pun tibalah. Dengan pakaian rugged ala hippi kami pergilah kesana.
Dalam radio transister - didalam ruangan untuk beterinya aku bubuh enam gulung ‘kemenyan ajaib’. Siapa boleh shak, siapa boleh tahu? Beteri radio kechil itu aku lekatkan diluar. Waktu masuk pintu kedalam taman pesta itu aku bunyikan radio itu, pada meter yang menyiarkan lagu2 ranchak.
Tidak ada siapa yang bertanya, tidak ada yang memereksa. Moon juga ada bawa bekal, iaitu selain dan roti dan makanan2 dalam tin.
“Ada dibawah bukit aku” - katanya sebelum tiba ke-pintu masuk.
“Tentu selamat” - fikirku. Aku sudah naik kepunchak kedua bukit kembar itu. Banyak nikmat disana.
Ambboi, aduuh, my god. Temasha itu sungguh ranchak. Sembilan pancharagam bermain bergilir-gilir tidak berhenti-henti. Lagu2 barat semuanya. Kesukaan kami. Kegemaran Moon dan aku.
Tiga puluh jam berayun dalam irama ranchak, lanchar, tinggi, memunchak, melangit kenirwana. Dalam masa tiga puluh jam itu kami sampai kealam lain, kedunia asing - dunia aman damai, dunia penuh bebas, melempah seronok, murni, indah, penuh khayal.
Tetapi tiga puluh jam adalah satu tempoh yang sangat pendek. Kaiau tiga puluh hari, malah tiga puluh tahun, alangkah bagusnya.
Petang hari minggu, sedang suasana memunchak dengan kebahagiaan, sedang perasaan khayal kami melayang kekayangan yang suchi murni, pesta itu pun diberhentikan, ditamatkan.
Dan keesokan harinya, penaka orang2 suratkabar yang tolol, yang ketinggalan zaman - yang decadent, yang moribund, anti-progress, anti-perdamaian sejagat, yang chelaka, yang barangkali tak pernah merasa nikmat hidup, pesta indah itu sekonyong-konyong telah bertukar menjadi skendel besar.
Kononnya ada orang2 luar membawa ganja. Kononnya telah ada pemuda-pemudi yang menghisap ganja, madat dan dadah. Apakah yang mereka itu tahu? Mereka bukan manusia bebas seperti kami.
Hatiku macham diiris-iris dengan sembilu. Aku marah betul kepada orang2 dengki yang telah membochorkan rahsia dalam pesta itu.
Malam itu, dirumahku, dalam kamar tidurku yang penuh dengan lukisan2 dan patung2 seni-pop, aku terasa seluruh badanku panas. Aku terasa sakit dichelah kangkangku. Ari-ariku bengkak. Dan bila mahu buang air kechil aku terasa hangat, pedih.
Mujurlah malam itu ayahku ada dirumah.
Sebagai “man to man” aku cheritakanlah apa yang sebenarnya telah berlaku dalam pesta itu.
Ayahku sangat understanding.
“Mari aku bawa engkau kekelinik istimewa. Jangan takut. Jamin boleh baik dalam seminggu. Tetapi mahu pantang: jangan makan sambal, jangan makan asam. Dan ingat: jangan kasi tau apa2 pada emak engkau. Bilang engkau demam sudah; demam musim buah, musim kemarau. Berkurunglah engkau dalam bilik tidur engkau. Kebetulan emak engkau sudah pergi ke Pulau Pinang, ikut rombongan. Seminggu lagi baru dia balik.”
Kelinik istimewa itu agaknya jauh, dalam pekan diluar ibukota. Entah dimana. Lama kami dalam kereta. Sempat ayahku bercherita darihal seorang pemuda yang hendak masuk universiti.
“Engkau sudah besar Jack. Sampai di London nanti engkau tentu mahu ‘menembak’. Jadi, bila kau menulis surat meminta wang, tulislah, diantara lain2 belanja, belanja menembak sekian2…”
Seterusnya ayah ku bercherita: “Belanja Jack menembak bertambah tiap2 bulan, dan akhirnya ayah Jack minta kurangkan belanja menembak itu seberapa yang boleh.”
“Pada bulan kemudian Jack mengirim senarai perbelanjaannya. Diantara lain2 ialah: menembak lima paun, membaiki senapang lima puluh paun…”
Ayahku tergelak seorang diri. Aku, meskipun cherita itu luchu, tidak tertawa. Aku sakit, betul2 sakit. Dalam kereta aku terkenching. Sedikit2, sakit semakin pedih.
“Sekarang,” kata ayahku, “senapang kau pun sudah rosak. Tapi tidak mengapa. Ada ubat moden yang sangat baik, yang serasi. Nanti bila sampai kekelinik itu engkau diam2. Biar ayah yang chakapkan apa sakit engkau. Kalau tidak diubat lekas senapang engkau nanti tidak mahu meletup lagi. Lain kali ingatlah. Jangan perchaya yang groovy2. Hanya banyak gravy…”
Betul, seminggu kemudian aku sudah baik. Tetapi kena berulang lagi kekelinik itu seminggu sekali.
Kini aku tidak shak lagi. Penyakit itu aku telah dapati daripada Moon. Dan dia dapat daripada mana, daripada siapa? Mungkin daripada pelanchung luarnegeri. Aku kesian padanya, tetapi dalam kesian, rasa meluat pun ada juga. Tidak ku sangka sekali-kali anak orang baik2 begitu membawa kuman sakit moden, sakit zaman kemajuan.
Dua minggu kemudian surat Moon sampai lagi. Daripada alamat yang lain, nombor talipon yang lain pula.
Suratnya pendek saja, dalam bahasa Inggeris:
“Dearest Darling. In December, about four months from now, we are organising another Music Festival, to be called Junglestock. Would you come again, sweetheart? Always longing for you…”
“Go-to-hell with you!” - aku menyumpah dalam hati.
Aku sudah taubat. Woodstock bagiku sudah jadi Woodstink. Never again, forever. Lailahaillahllah. Muhammadurrasulullah. Amin.

oleh Pak Sako.

Saturday, December 13, 2008

mengabang telipot macam pernah ku dengar nama itu tapi di mana ya... aku bukan mahu mempromosi kampung aku sendiri malah aku sendiri tak tahu sangat pasal kampung aku ,tapi tempat aku membesar mestilah ia membawa seribu satu erti..


akhir bulan ke tujuh tahun ke berapa hijrah entah aku pun lupa..aku lepak dengan pak cik aku nama dia mat yie aku panggil pok yie.. lama memang jarang ah aku lepak ngan dia mungkin hari tu yang pertama dan aku harap sangat ianya bukan yang terakhir.kami berbual pasal keluarga lah skit.pasal ayah aku..macam-macam lah dan dia buka citer pasal sepupu aku rudy buat album(proper demo jer kot) band brayok aku teruja jugak dengar.peh sepupu aku tu dah ada demo yer ..pok yie bagitau jugak dia memang biasa lepak dengan joe kidd..entah budak mana aku pun tak tau ,dia kata joe kidd ni ada band ,carburator dungun ker karburetor dung aku bukan tahu sangat budak2 underground ni hehehehe...aku sekali tu search internet baca ah tentang sejarah sikit tentang punk di terengganu .rupa rupanya kampung aku ni ada sejarah punk yang tersendiri,aku pun bukan tahu sangat baca sejarah.. so barulah aku tahu punk with attitude ,aku benci nak label apa apa kat sape2 dan aku jgk tak nak label apa2 pun kat aku yang pasti aku pun muzik lover without a doubt

Monday, October 20, 2008

still the regular working class


aku baru saja mulakan kerja baru di kawasan perlabuhan kuantan . masih lagi menjadi kelas pekerja yang masih biasa.mahu rasanya nak up date blog aku setiap hari tapi banyak perkara membataskan untuk semua penggemar blog aku (koya ada follower je) aku akan cuba banyakkan lagi menulis...

comunism is not the cure but capitalist is always the disease..for sure the poor have a right of the wealth of the rich.tak boleh nak rebel lebih2 dah sekarang ni komitmen kerja boh..

Friday, September 14, 2007

nothing else matter



This is the stuff of movies: a young man, in the face of personal and professional challenges, struggles against the odds and finally achieves his dreams.Naozumi "Nao" Tsuchiyama, a 26-year-old Japanese language instructor whose right leg was amputated as a child and now wears a prosthetic, had always wanted to become a boxer.
To do so, he needed a boxing license but was denied this in his home country on account of his physical condition. So, he went abroad but even then it wasn't easy for him.
The first time he applied for a boxing license from the Games and Amusement Board (GAB) in the Philippines, he was rejected because his condition was deemed not fit for boxing. Medical examinations showed otherwise, but the GAB would not budge.Last August, he took part in a trial fight in the Philippines where he impressed the GAB officials in attendance. Despite a favorable recommendation from these representatives who were impressed with his performance, the GAB still rejected his application.
Undeterred, Nao persisted and flew to South Korea to take part in the World Boxing Association's annual conference. He returned to the Philippines with the assurance that there is no international policy preventing him from fighting professionally. This time around, the GAB relented and gave him his license.
Nao will be fighting his third match in the Philippines on Aug 9. JobStreet.com is proud to support Nao's endeavor. We hope his tale will inspire everyone to pursue their dreams. If there's a will, there's always a way.