Powered By Blogger

Wednesday, April 04, 2007



3 Sahabat tak sejiwa


Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si kodok berkata : "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!" Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah" Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat" Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap" Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela" Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau" Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ...... Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul. Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?" Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!" Katak: "Jom..!" Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu. Kura2: "Hah tu pon dia..!" Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!" U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!" Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?" U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"



MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI…





Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark. "Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan. "Marah," akui saya perlahan. "Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya senyum. "Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya. "Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul." "Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama." "Marah itulah tanda kecintaan kita…""Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama." "Encik takut?"Saya renung matanya. "Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan. "Kita bakar bendera mereka!""Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya. Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti. "Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan.""Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?" "Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat." "Pengajaran tersirat?" "Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini." "Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat. "Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu." "Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata. "Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami.""Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!" "Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur." "Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang. "Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba. "Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan. "Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!" "Soalan tu kurang umph," gurau saya. "Habis soalan apa yang umph?" "Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya. Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. . Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga." "Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…" "Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya." "Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!" "Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya." Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!





Dipetik dari: Pahrol Mohamad Juoi @ http://www.fitrahperkasa.net/

Friday, March 02, 2007


KISAH ADIK


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletarmelihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanyamemujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjangmasa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akanmenjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


jangan bersedih,kisah ini aku dapat dari seorang rakan yang entah mana dia ambil. Berulang kali aku membacanya , kisah ini membuatkan aku kagum.

Wednesday, February 14, 2007











APABILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang tinggalan sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, hinggakan engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku, engkau anggap sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini... Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau abaikan dan engkau alpakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi Tiada kaset yang berisi ayat Allah di dalam keretamu Sepanjang perjalanan, radiomu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu...Mengasyikkan...Di meja kerjamu tiada Aku untuk di baca sebelum mulai kerja Di Komputermu terputar musik favoritmu jarang sekali engkau putar ayat-ayatku......... E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran television Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolongmu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu....... Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi.... (diedit kembali ) Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Friday, January 26, 2007

7 Dis 2006

Cromok- the little one


that bring us herewe're not the one to blamethere lies a little fearthere lay a litter shameyou're not alonebut everybody's goneno one there to see your tearsthis pain in your mindcan't leave behindwhat's more could happen to mea few second to leavewe're not allow to breathyou really made us seehow true cruelty isi'm trapped outsideno shelter no pridei've done nothing can you seeyou're not afraid to lieI’m not afraid to dieyes it's a dealin the darkness of the daysomewhere anywhere I stood stillyou'll hear the rest will saysomeone has to pay the billforgive me nowi'll change somehowthere's nothing no one can sayyou'll suffer till the endthere's time to ammndon your knees you'll pray




Bermula dari sebuah lagu aku mula meminati seni penulisan, menghayati lirik-lirik yang menaikkan semangat. Sekadar hadir rasa keinginan untuk membaca . tetapi bahan bacaan aku sekadar yang ringan , itu pun sedikit sahaja. Majalah, novel (bukan picisan), zine dan lain-lain. Aku kenal beberapa orang penulis, Usman Awang,Shahnon Ahmad,A Samad Said,Faizal musa,Abdullah Hussein,Ramlee Awang Mursyid dan banyak lagi ,tahu banyak buku tapi banyak yang tidak terbaca. Aku pernah bercita-cita menjadi penulis,wartawan dan terlibat dalam dunia penulisan. Sekali meminati seni penulisan ,selamanya akan minat .
Aku rasa dengan menulis kita dapat meluahkan apa yang ada dalam hati,berkongsi segala masalah dan pengalaman yang kita lalui. Sekadar permulaan yang kecil ………….






HARI HARI TERAKHIR


Seorang kawan pernah melontarkan kata-kata begini kepada aku, “ Apa yang kita mahukan tidak semuanya akan kita dapat kerana Tuhan itu lebih mengetahui apa yang kita mahukan”. Aku mendengarnya dengan penuh makna. Perkataan –perkataan yang bagus dapat menyedarkan kita dan untuk itu aku bersyukur kerana mempunyai rakan yang sebegini bagus walaupun tidak untuk orang lain , tapi aku menghargainya. Jatuh , bangun kembali, jatuh lagi dan bangun lagi . Di tolak ,di pijak jatuh , rebah tapi tetap bangun kembali. Kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang Dia rancang untuk hambanya yang sekerdil aku.
Kadang –kadang apa yang kita rancang, baik dengan teliti ataupun tidak akan menemui kegagalan. Aku sudah lali dengan kegagalan , bukankah apa yang tidak mematikan kita akan menjadikan kita kuat. Tapi kita perlu ingat jangan sesekali kita lupa pada Yang Esa kerana kegagalan ,kejayaan ,masalah, semuanya ujian oleh Tuhan untuk hamba-Nya yang beriman.
Ini merupakan hari-hari terakhir aku sebagai pelajar yang penuh dengan syarat dan selepas ini aku mahu belajar dengan bebas ,tidak mahu jadikan kelas dan buku sebagai rujukan utama. Aku mahu lebih dari itu. Aku tahu aku tidak dapat tinggalkan pelajaran kerana aku akan sentiasa belajar sehinggalah ke liang lahad. Kehidupan selepas ini mesti lebih mencabar dan aku pasti hari-hari mendatang tidak lebih mudah daripada hari hari yang lalu.










KUSTEM

KUSTEM(kolej universiti teknologi Malaysia ) adalah sebuah institut pengajian tinggi awam(IPTA) yang berada di dalam kawasan kampung aku. Dulunya bermula dengan cawangan UPM kemudian dijadikan kolej sains dan teknologi terengganu dan kemudiannya KUSTEM.sejarahnya agak menarik. Kehidupan semasa kecilku memang banyak di sini. Aku memancing dan bermain di kawasan ini. Boleh dikatakan KUSTEM ini menjadikan kampung agak terkenal di mata penduduk Malaysia biar pun tidak seberapa. Tidak banyak aku tahu tentang KUSTEM , ianya agak lama luput dalam mindaku bila aku berada di tempat orang namum aku kembali teringat kewujudan KUSTEM ini bila mendapati sesuatu yang menarik apabila melayari Google Earth. Terdapat satu bangunan yang baru didirikan yang mendapat perhatianku.bangunan baru yang agak menarik apabila dilihat dari pandangan atas. Pada mulanya aku hanya mengatakan ianya tidak sengaja dibina tetapi aku gusar sebaliknya,entah aku tidak tahu kepada siapa aku perlu rujuk untuk mendapatkan kepastian bahawa bumbung bangunan itu terdapat binaan salib apabilla di lihat dari atas. Anda sendiri lihat dan fikirkan

Saturday, October 14, 2006

HASSAN NASRULLAH

Sunday, May 28, 2006

taking making god is everythng
and besides you life is difference maybe i feel i cant believe.i feel deny .unfair excuse

Saturday, May 13, 2006